Sila log masuk terlebih dahulu.

Menu Sanusi diperkenal selepas kemenangan MB

23 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Menu Sanusi diperkenal selepas kemenangan MB

BERITA MOJO 23 OGOS 2023

Sebuah kedai makan mengambil inisiatif memperkenalkan menu berharga RM1 dikenali Menu Sanusi di Anjung Selera Rasa Anakku, Bukit Payung, Pokok Sena di Kedah demi membantu orang ramai, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Pemiliknya,Nur Ezzeanni Abdullah berkata, dia sebenarnya telah menjual beberapa jenis menu berharga RM1 sejak sebelum pandemik Covid-19 lagi.

Bagaimanapun, kata Nur Ezzeanni, menu RM1 dijenamakan semula sebagai Menu Sanusi selepas kemenangan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah baru-baru ini.

#BeritaMojo #SinarHarian