TMP 2024: Tambah baik jaringan telekomunikasi lokasi pelancongan

Mohd Azlan Helmi (kanan) memyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada Nurfarisha Karmila (kanan) yang akan beraksi di Kejohanan Pearl Cup di Pulau Pinang.
Mohd Azlan Helmi (kanan) memyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada Nurfarisha Karmila (kanan) yang akan beraksi di Kejohanan Pearl Cup di Pulau Pinang.
A
A
A

KAMPAR - Kerajaan Perak akan menambah baik jaringan telekomunikasi di beberapa kawasan pelancongan sekitar negeri ini sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, kawasan hutan lipur dan pedalaman antara yang lokasi dikenal pasti mempunyai liputan yang lemah.

"Perbincangan akan diadakan bersama Exco Pelancongan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Digital Perak dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk meneliti perkara ini.

"Kita akan mencari kaedah untuk wujudkan rangkaian di kawasan seperti ini dan mungkin kita perlu kajian secara menyeluruh dalam mencari penyelesaiannya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar pada Isnin.

Menurut beliau, berbaki lima bulan lagi jawatankuasa berkenaan akan ditubuhkan secepat mungkin.

"Kita akan minta pihak Exco Pelancongan serta agensi terlibat untuk menyenaraikan lokasi yang boleh diselaraskan kerana ia mungkin menjadi projek rintis.

"Sekiranya berjaya kita akan memperluaskan ke lokasi pelancongan lain di seluruh negeri" katanya.

Mohd Azlan Helmi berkata, pembentukan jawatankuasa itu bukan sahaja menyemarakkan industri pelancongan malah membantu menyelesaikan masalah komunikasi di kawasan penduduk.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Tualang Sekah telah menyampaikan sumbangan barangan sukan kepada pemain bola sepak wanita bawah 17 tahun negara, Nurfarisha Karmila Shamsol Riduan, 16, yang akan mewakili kelab bola sepak Feminine FC dalam Kejohanan Pearl Cup di Pulau Pinang, Jumaat ini.