BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata, perkara itu berlaku mungkin disebabkan pengundi Melayu tidak keluar mengundi atau beralih undi kepada Perikatan Nasional (PN).
Beliau menjelaskan, situasi itu berdasarkan kira-kira jumlah pengundi Melayu pada dua PRK berkenaan.
"Daripada congak ringkas ini dapatan awal yang saya lihat adalah lebih 39,000 pengundi yang dahulu ketika Pilihan Raya ke-15 (PRU15) keluar mengundi, kali ini mereka tidak keluar mengundi. Daripada jumlah ini, 18,000 adalah pengundi Melayu manakala 16,000 pengundi Cina dan 5,000 pengundi India tidak keluar mengundi.