'Keluar sahajalah, jangan salahkan orang lain'

Shahrir ketika bercakap kepada pemberita pada sidang media, di sini, hari ini.
Shahrir ketika bercakap kepada pemberita pada sidang media, di sini, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Umno seharusnya berpegang kepada prinsip dan tidak sesekali menyalahkan pimpinan parti di atas keputusan yang dibuat mereka sendiri.

Saranan itu merujuk kepada tindakan beberapa Ahli Parlimen dan Adun Umno yang meninggalkan parti berkenaan dengan alasan tidak berpuas hati dengan keputusan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana tidak mahu melepaskan jawatannya.

Veteran Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, mereka yang meninggalkan parti itu lah yang sebenarnya tidak layak meminta apa-apa kerana tidak mempunyai prinsip dan pegangan dalam meneruskan perjuangan.

“Sekarang ini adalah Ahli Parlimen yang mahu mengugut parti dengan mendakwa kalau tak letak jawatan (Ahmad Zahid), ramai lagi akan keluar sedangkan beliau sendiri dipilih oleh parti.

“Seharusnya mereka ini yang mewakili parti daripada meninggalkannya dah terbalik. Pada kami yang tidak patuh pada pandangan parti ialah mereka yang melompat, bukan mereka yang tinggal. Tidak munasabah permintaan mereka.

“Kalau nak keluar, keluar lah, ini yang menderhaka, boleh menuntut pula, jangan perhatian dan menuduh orang lain untuk menutup kesilapan kita,” katanya pada sidang media di Bangunan Umno Johor Bahru, di sini, hari ini.

Shahrir yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Bahru turut memaklumkan, pada permulaan pentadbiran Ahmad Zahid di dalam parti, pemimpin itu sendiri sudah mengemukakan cadangan untuk melaksanakan amalgamasi sebagai hala tuju baharu di masa hadapan.

“Ketika Ahmad Zahid sebagai pemangku, beliau memang ada kemukakan cadangan untuk melaksanakan amalgamasi dalam pentadbiran parti. Tetapi ditentang selain Pemuda Umno juga saran jangan ada ahli Umno sertai kerajaan ikut pintu belakang untuk jadi pembangkang yang berwibawa.

Artikel Berkaitan:

“Zahid hormatinya dan setuju, beliau tidak tolak pendirian Umno, yang lompat parti itu lah yang sebenarnya masuk kerajaan ikut pintu belakang,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pendirian tetap Ahmad Zahid yang mahu kekal sebagai kepala Umno, beliau menasihati ahli lain terus memberikan sokongan dan bergerak senada untuk mengelakkan perpecahan.

“Kami Bahagian Johor Bahru tidak undi pun Zahid, tetapi beliau telah menang undi majoriti dan kami menghormati keputusan itu. Kami bukan Bahagian Larut yang mengundi Zahid lepastu gunakan sebab Zahid masih kekal untuk keluar (parti).

“Cakap betul-betul lah, nak keluar pun bohong, cakap sahaja saya tidak (mahu) jadi Ahli Parlimen pembangkang,” katanya.