Tahap kesedaran pelupusan air sisa kumbahan capai 80 peratus

A
A
A

Saoud Abd Latib menyampaikan ceramah ketika ketika 'Program Lestarikan Alam bersama Indah Water Konsortium Sdn Bhd' yang diadakan sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Jumaat di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.
Saoud Abd Latib menyampaikan ceramah ketika ketika 'Program Lestarikan Alam bersama Indah Water Konsortium Sdn Bhd' yang diadakan sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Jumaat di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.

SHAH ALAM - Tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pelupusan air sisa kumbahan dengan betul dan selamat kini telah mencapai 80 hingga 90 peratus.

Eksekutif Kanan Jabatan Komunikasi Korporat Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, Saoud Abd Latib berkata, walaupun peratusan itu agak tinggi namun pihaknya tidak pernah berhenti daripada terus melakukan kempen dan pameran.

Beliau berkata, IWK sentiasa turun padang di peringkat sekolah dan tempat awam bagi mendekati masyarakat sekali gus meningkatkan pemahaman mereka mengenai air sisa kumbahan.

"Dahulu mungkin ada sedikit kekangan untuk berkempen namun sekarang kita bergerak ke sekolah-sekolah untuk memberi ceramah agar mereka lebih memahami mengenai air sisa kumbahan dan alam sekitar.

SAOUD ABDUL LATIB
SAOUD ABDUL LATIB

"Alhamdulillah, kesedaran dalam kalangan masyarakat semakin meningkat dari semasa ke semasa selepas beberapa siri kempen dan ceramah diadakan secara berterusan. Masyarakat hari ini semakin sedar mengenai cara-cara melupus air sisa kumbahan dengan betul,"katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian selepas memberi ceramah dalam 'Program Lestarikan Alam bersama Indah Water Konsortium Sdn Bhd' yang diadakan sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang membuka tirai secara rasmi pada Jumaat di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.

IWK merupakan salah satu daripada 100 pempamer menyertai karnival berkenaan.

Para pelajar yang hadir ke 'Program Lestarikan Alam bersama Indah Water Konsortium Sdn Bhd' yang diadakan sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Jumaat di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.
Para pelajar yang hadir ke 'Program Lestarikan Alam bersama Indah Water Konsortium Sdn Bhd' yang diadakan sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Jumaat di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.

Tambah Saoud, dalam ceramah itu beliau menerangkan kepada pelajar yang hadir mengenai peranan IWK dalam memproses dan merawat bagi memastikan air sungai tidak tercemar.

"Saya gembira dapat berkongsi ilmu dengan pelajar yang terlibat, mereka juga memberi perhatian dan mengambil bahagian apabila ditanya soalan mengenai apa yang diterangkan," jelasnya.

Menurut beliau, pelupusan air sisa kumbahan dengan betul dan selamat harus dipupuk bermula dari peringkat sekolah rendah supaya kelestarian alam sekitar terus terjaga.

Para pelajar gembira selepas mendengar taklimat daripada Saoud Abd Latib ketika menyertai 'Program Lestarikan Alam bersama Indah Water Konsortium Sdn Bhd' yang diadakan sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Jumaat di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.
Para pelajar gembira selepas mendengar taklimat daripada Saoud Abd Latib ketika menyertai 'Program Lestarikan Alam bersama Indah Water Konsortium Sdn Bhd' yang diadakan sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Jumaat di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.

Saoud berpendapat, pelajar perlu didedahkan dengan kepentingan itu agar mereka dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

" Air yang telah digunakan akan dirawat kemudiannya dilepaskan ke sungai. Jadi kalau kita tidak jaga dan ambil sambil lewa mengenai perkara tersebut seperti membuang sampah sarap dalam mangkuk tandas atau sinki.

"Ia akan menyebabkan sistem kumbahan tersumbat dan berlakunnya pencemaran," ujarnya.

Reaksi

NURUL AMNI
NURUL AMNI



"Saya sangat gembira apabila dapat belajar dan mengetahui ilmu baharu mengenai cara-cara pelupusan air sisa kumbahan yang mana jika tidak dibuat dengan betul ia akan memudaratkan kita semua dan alam sekitar,"- Pelajar, Nurul Amni zafira Noryazid, 12.

"Dengan maklumat yang diberikan melalui program ini, saya boleh gunakan dalam kehidupan harian dan akan dikongsikan kepada keluarga serta rakan-rakan yang lain," - Pelajar, Nur Nadia Farhana Zaimi, 12.

MOHD YASIR
MOHD YASIR



"Melalui program ini saya dapat mengetahui lebih lanjut peranan IWK serta proses yang dijalankan untuk mendapatkan air bersih. Sebelum ini saya tidak pernah datang ke program sebegini. sangat bagus untuk pelajar," - Pelajar, Mohd Yasir Zuraidy, 14.

"Program sebegini perlu dilakukan lebih kerap dan secara menyeluruh agar maklumat mengenai IWK dapat disampaikan kepada lebih ramai orang," - Pelajar, Dea Sofea Saswandi, 16.

MUHAMMAD ABQARI
MUHAMMAD ABQARI



"Peranan IWK sangat penting dalam memastikan masyarakat mendapat air bersih selain alam sekitar sentiasa dijaga. Bagaimanapun, usaha tersebut perlu mendapat kerjasama daripada semua pihak. Oleh itu, saya rasa program ini memberi kita satu garis panduan supaya semua pihak memainkan peranan masing-masing," -Pelajar, Muhammad Abqari Mohamad Shafie, 17.