Kalimah ALLAH: KDN peroleh input, cadangan

Shamsul (tengah) bersama jemputan pada sesi libat urus kali keempat berhubung isu kalimah ALLAH.
Shamsul (tengah) bersama jemputan pada sesi libat urus kali keempat berhubung isu kalimah ALLAH.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperoleh input dan cadangan agar parameter kawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah ALLAH SWT dirangka selari dengan hasrat dan misi agensi terlibat.

Menerusi kenyataan pada Khamis, KDN memaklumkan, perkara itu dicapai menerusi siri libat urus kementerian bersama Badan Pengurusan Syariah Malaysia pada Khamis.

Menurut kementerian itu, input dan cadangan itu seiring dasar yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja kelak.

"Kementerian meneruskan siri libat urus bagi mendapatkan cadangan dan pandangan komprehensif berhubung rangka kerja pelaksanaan Arahan Pentadbiran KDN yang ditambah baik dari aspek penguatkuasaan dan kawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah ALLAH," kata kenyataan tersebut.

Sesi tersebut yang disempurnakan Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah telah dihadiri 23 orang jemputan dari Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pada majlis itu, jemputan diberikan ruang untuk membincangkan mengenai pengurusan syariah dan penguat kuasaan perundangan termasuklah cadangan untuk mendepani isu-isu berbangkit di lapangan serta parameter kawal selia penerbitan berkenaan.

"KDN sekali lagi ingin menyatakan komitmen dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam melalui tindakan secara berterusan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan," jelas kementerian itu.

Artikel Berkaitan: