KPKM nafi berlaku manipulasi tukar beras putih tempatan kepada import

Azman Mahmood
Azman Mahmood
A
A
A

SERDANG - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan berlaku sebarang tindakan memanipulasi bekalan beras putih tempatan dengan menukarkan bungkusannya kepada kampit beras import seperti didakwa pihak tertentu.

Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood berkata, sebarang aduan rasmi mengenai dakwaan itu juga tidak diterima pihaknya.

"Itu andaian daripada orang ramai yang mengatakan perkara itu (manipulasi) berlaku. Sebenarnya tiada aduan rasmi daripada orang ramai.

"(Individu) yang bercakap tentang tukar kampit ini pun sudah 10 tahun tidak ada kilang. Sepatutnya dia membantu kerajaan supaya tidak merugikan dan meresahkan rakyat. Sebenarnya perkara itu tidak berlaku (manipulasi)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Sesi Dialog Belanjawan 2024 Sub Sektor Padi dan Beras Negara di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini, pada Khamis.

Ia susulan wujud dakwaan segelintir pemborong beras cuba memanipulasi harga kawalan ditetapkan kerajaan dengan menukar kampit beras tempatan kepada kampit beras import kerana mahu mengaut keuntungan besar.

Mengulas lanjut, Azman berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan tidak berasas itu.

"Kalau ada (manipulasi) sila buat aduan rasmi. Kalau tidak berlaku (seperti didakwa) kita akan ambil tindakan undang-undang keean ganggu penjawat awam," katanya.

Artikel Berkaitan: