TNB Global Business Solutions sumbang 100 anak pokok

Gimik penyerahan sumbangan pokok hiasan disampaikan oleh Mohd Affendi kepada Rohana (tujuh dari kiri).
Gimik penyerahan sumbangan pokok hiasan disampaikan oleh Mohd Affendi kepada Rohana (tujuh dari kiri).
A
A
A

SHAH ALAM - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 di sini menerima 100 anak pokok hiasan jenis croton dan zodia disumbangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Global Business Solutions pada Khamis.

Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SMK Seksyen 19, Sharifah Muhaiziah Syed Mustafa berkata, sumbangan tersebut hasil bantuan seorang ibu pelajar yang telah membuat kertas kerja bagi permohonan sumbangan bagi persediaan menyertai pertandingan Anugerah Landskap Shah Alam 2023 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurutnya, pihak sekolah memohon bantuan PIBG bagi menjayakan pertandingan tersebut susulan tempoh penjurian dijadual berlangsung minggu ketiga September ini.

"Sebaik menerima maklumat tersebut, PIBG telah mengedarkan pemakluman tersebut ke Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi memohon bantuan pokok serta peralatan selain tenaga kerja bagi pengindahan sembilan taman yang terdapat dalam kawasan sekolah.

"Dana diperlukan sekitar RM3,000 namun ada ibu bapa yang menyalurkan sumbangan cat, peralatan, tanah bagi tujuan tersebut. Selain seorang ibu pelajar turut mendapatkan sumbangan daripada syarikat tersebut," katanya pada Majlis penerimaan sumbangan tanaman hiasan daripada Jabatan People Services, Service Delivery, TNB Global Business Solutions kepada SMK Seksyen 19 pada Khamis.

Gimik penyerahan disampaikan oleh Ketua Perkhidmatan Insan TNB Global Business Solutions, Mohd Affendi Abu Samad kepada Pengetua SMK Seksyen 19, Rohana Jaafar disaksikan Sharifah Muhaiziah serta wakil kedua-dua belah pihak.

Sebahagian pokok disumbangkan TNB Global Business Solutions sebagai sokongan kepada SMK Seksyen 19 mengindahkan taman di sekolah bagi pertandingan Anugerah Landskap Shah Alam 2023.
Sebahagian pokok disumbangkan TNB Global Business Solutions sebagai sokongan kepada SMK Seksyen 19 mengindahkan taman di sekolah bagi pertandingan Anugerah Landskap Shah Alam 2023.



Ujarnya, pada peringkat permulaan, pihak sekolah bercadang untuk tidak mengambil bahagian pada program tahunan tersebut disebabkan info program diterima lewat namun berubah fikiran susulan terdapat permintaan supaya pihak sekolah menghantar penyertaan.

Artikel Berkaitan:

"Kami terpaksa bergerak pantas disebabkan tempoh penjurian pada September ini. Selain bantuan PIBG serta sumbangan individu, kami berbesar hati apabila TNB turut sama membantu menyalurkan sumbangan pada hari ini (Khamis).

"Semoga usahasama ni dapat diteruskan secara tahunan mengikut kesesuaian program yang akan dianjurkan kelak," katanya.

Sementara itu, Mohd Affendi berkata, sumbangan pokok berkenaan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat selari hasrat pelan jangka masa panjang penjagaan alam serta pengurangan karbon.

"TNB juga telah melancarkan penanaman pokok serentak seluruh Malaysia sempena sambutan ulang tahun ke-74 pada 1 September lalu.

"TNB letak sasaran sebanyak 74,000 pokok ditanam tahun ni sempena sambutan tersebut," katanya.

Beliau berharap, usahasama tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang dan bersedia menyalurkan bantuan sebaik mungkin termasuk taklimat kerjaya kepada pelajar sekolah berkenaan.