PDRM, RTP cadang tubuh jawatankuasa banteras jenayah siber

Mohd Shuhaily (kanan) dan Sarawut Karnpanich bertukar dokumen pada Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja Antara Malaysia dan Thailand Mengenai Aktiviti Jenayah Ke 26 yang berlangsung di Shah Alam pada Khamis. FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Mohd Shuhaily (kanan) dan Sarawut Karnpanich bertukar dokumen pada Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja Antara Malaysia dan Thailand Mengenai Aktiviti Jenayah Ke 26 yang berlangsung di Shah Alam pada Khamis. FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A
A

SHAH ALAM - Jawatankuasa berkaitan jenayah siber rentas sempadan akan dibentuk menerusi kolaborasi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, isu melibatkan jenayah tersebut antara kes yang dilihat saling berkaitan melibatkan Malaysia dan Thailand.

"Cadangan penubuhan jawatankuasa ini antara perkara dikemukakan semasa Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja Antara Malaysia dan Thailand Mengenai Aktiviti Jenayah Ke 26 yang berlangsung di sini.

"Jawatankuasa ini akan memudahkan pihak kedua buah negara untuk berkongsi maklumat sekali gus memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil dalam mengatasi jenayah ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja Antara Malaysia dan Thailand Mengenai Aktiviti Jenayah Ke-26 di sini pada Khamis.

Katanya, pihaknya akan mengangkat cadangan berkenaan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain untuk diteliti serta dipertimbangkan.

"Sindiket penipuan dalam talian yang berpangkalan di Malaysia dan melakukan penipuan terhadap orang di Thailand dan sebaliknya

"Had kuasa kedua-dua melibatkan pasukan polis kedua negara dan peruntukan undang-undang antara cabaran dihadapi untuk membanteras sindiket ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Penolong Komisioner Jeneral Polis Diraja Thailand, Sarawut Karnpanich berkata, indeks jenayah siber dilihat mengalami peningkatan di negara tersebut sejak beberapa tahun ini.

"Bagaimanapun, isu ini bukan sahaja berlaku di Thailand malahan melibatkan negara lain di dunia.

"Kami sedang meneliti kaedah terbaik untuk mengatasinya dan kerjasama yang dijalinkan bersama PDRM adalah salah satu usaha untuk membanterasnya," katanya.