Kecoh kereta penyeludup terbabas di Hospital USM

Suasana di pekarangan Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian di Kota Bharu kecoh apabila sebuah kereta penyeludup terbabas di hadapan pejabat pembangunan semasa melarikan diri daripada ditahan polis pada Rabu.
Suasana di pekarangan Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian di Kota Bharu kecoh apabila sebuah kereta penyeludup terbabas di hadapan pejabat pembangunan semasa melarikan diri daripada ditahan polis pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Suasana di pekarangan Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian di sini kecoh apabila sebuah kereta penyeludup terbabas di hadapan pejabat pembangunan semasa melarikan diri daripada ditahan polis pada Rabu.

Dalam operasi itu suspek berusia 29 tahun berjaya ditahan polis hasil bantuan orang ramai yang berada di lokasi.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, bertindak atas maklumat pasukan unit kereta peronda polis (MPV) telah menerima arahan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk memberi bantuan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

"Bantuan itu bertujuan menahan sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang dipandu oleh seorang lelaki dari arah Melawi ke Beris Kubur Besar, Bachok," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, anggota MPV yang ternampak kereta tersebut telah cuba menahannya namun pemilik enggan memberi kerjasama.

Ujarnya, pasukan MPV Bachok menghubungi MPV Kota Bharu untuk bantuan selepas suspek melarikan diri ke kawasan Hospital USM.

Mohamad Ismail memberitahu, kereta yang dipandu suspek terbabas di hadapan pejabat pembangunan hospital berkenaan.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu menemui 30 tong minyak diesel yang dipercayai mahu diseludup ke negara jiran.

Artikel Berkaitan:

"Semakan mendapati, suspek mempunyai dua rekod lampau berkait dadah.

Kesemua barang kes yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat KPDN Kelantan untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurut Mohamad Ismail, kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.