Produk makanan warisan tempatan harus dikomersialkan

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (dua,kanan) bersama para tetamu lain menunjukkan pelbagai produk yang terdapat disitu pada Pelancaran Pemasaran Produk Warisan Melayu DUN Satok hari ini.- Foto Bernama
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (dua,kanan) bersama para tetamu lain menunjukkan pelbagai produk yang terdapat disitu pada Pelancaran Pemasaran Produk Warisan Melayu DUN Satok hari ini.- Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Dalam meniti arus pemodenan, produk makanan warisan tempatan tidak harus dilupakan kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata produk warisan kampung merupakan identiti bangsa dan harus dikekalkan serta dikomersialkan menjadi produk yang mudah didapati di pasaran.

“Melalui projek warisan kampung dibawah inisiatif ‘Old Kuching Smart Heritage (OKSHe)’ dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak, Biro Ekonomi Satok dan Mydin akan memberikan peluang kepada pengusaha tempatan memasarkan produk mereka.

Setakat ini, saya dimaklumkan sebanyak 36 produk kampung warisan kampung di sekitar Kuching telah dikenal pasti untuk dijenamakan. Program ini merupakan satu usaha yang positif dalam usaha membantu penduduk kampung menambah pendapatan mereka melalui produk yang diusahakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Produk Warisan Kampung di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan, Datu Dr Sabariah Putit; Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak, Prof Dr Mohammad Kadim Suaidi, Pengurus Pengelola Majlis, Abdul Samad Gany, Pengurus Projek Mydin dan Ganesh Chin.

Untuk fasa pertama, sebanyak 12 jenis produk warisan kampung akan dipasarkan di pasar raya Mydin Petra Jaya dalam usaha memperkenalkan semula produk warisan tempatan seterusnya untuk fasa kedua di cawangan Mydin yang lain.

Antara produk tersebut adalah kek lapis hati parek, kek buah, kuih cincin, kuih sepit, kacang bersalut, dan acar limau. -Bernama

Artikel Berkaitan: