Penguat kuasa ditahan disyaki terima rasuah bulanan RM20,000

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM20,000 secara bulanan.

Sumber berkata, pemberian rasuah tersebut sebagai dorongan untuk tidak menyenaraikan nama seorang individu dalam senarai dikehendaki dan tidak mengeluarkan waran tangkap atas kesalahan berkaitan senjata api.

Katanya, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu dipercayai ditahan jam 4 petang pada Selasa ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

"Suspek yang bertugas di sebuah agensi penguat kuasa di Kuala Lumpur dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM20,000 secara bulanan daripada individu tersebut," katanya pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun menurutnya, suspek telah dibebaskan dengan jaminan RM20,000 selepas pihak SPRM merekodkan keterangan daripadanya.

Artikel Berkaitan: