Penjawat awam ditahan terima rasuah RM45,000

SPRM Kelantan pada Khamis menahan seorang penjawat awam yang disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM45,000.
SPRM Kelantan pada Khamis menahan seorang penjawat awam yang disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM45,000.
A
A
A

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan pada Khamis menahan seorang penjawat awam yang disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM45,000.

Sumber memberitahu, wang berkenaan sebagai balasan melantik satu syarikat sebagai pembekal untuk program di bawah sebuah jabatan kerajaan di negeri ini.

Menurut sumber itu, lelaki berusia lingkungan 30-an dikatakan ditahan kira-kira jam 9.45 pagi di pejabat SPRM Kelantan ketika diminta hadir memberi keterangan.

"Suspek juga dipercayai meniru tandatangan seorang pegawai wanita bagi meluluskan surat pelantikan sebagai pembekal," katanya.

Sumber juga memaklumkan, tandatangan itu bertujuan memperdaya pemilik syarikat untuk membayar wang rasuah yang diminta.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: