'Jangan terlalu taasub berpolitik' - Johari

Johari (tengah) beramah mesra bersama penduduk Kampung Orang Asli Bakar Batu, Perling pada Rabu.
Johari (tengah) beramah mesra bersama penduduk Kampung Orang Asli Bakar Batu, Perling pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sikap terlalu taasub kepada politik dalam kalangan orang Melayu dibimbangi menyebabkan ketidakstabilan seterusnya menyukarkan ekonomi negara dibangunkan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kunci utama kepada pembangunan ekonomi negara adalah kestabilan menerusi perpaduan yang menjadi teras kepada Kerajaan Perpaduan hari ini.

"Masyarakat Melayu kena faham, pembangunan itu dituntut dalam Islam.

Jangan hanya pakai slogan membangun bersama Islam namun negeri ke belakang.

"Tak usah jual agama kerana nak kerusi kerana ia tak boleh buktikan kredibiliti parti. Malah ia hanya menghalang pembangunan negara ke tahap seterusnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika program ziarah kasih bersama penduduk Kampung Orang Asli Bakar Batu, Perling, di sini pada Rabu.

Turut hadir, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad.

Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa menjelaskan, pembangunan ekonomi menjadi antara fokus Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Artikel Berkaitan:

"Negara kita kini berdepan pengangguran tinggi dan masalah ini tidak dapat diselesaikan jika masyarakat taasub berpolitik sepanjang masa.

"Membangunkan ekonomi adalah antara fokus kerajaan Perpaduan ketika ini.

Ia (membangunkan ekonomi) tak ambil masa sekejap kerana nak selesaikannya perlu ambil jangka masa panjang, namun kita kena bina asas itu semula dengan syarat kestabilan dapat dicapai," katanya.

Dalam pada itu, beliau menambah dinamik politik negara sering berubah dan keadaan itu perlu diterima untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan membangunkan negara.

"Politik ini adalah dinamik dan perlu berubah.

Jadi hari ini, kita nampak Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO buat keputusan bersama-sama PH ini untuk mewujudkan kestabilan kerajaan.

"Kalau nak terus berkhidmat kepada masyarakat dan bangunkan negara kena terima dinamik politik baharu ini.

"Kita boleh kongsi kuasa.

Malaysia bukan hanya Melayu sahaja tetapi ia melibatkan pelbagai bangsa seperti Cuba, India dan Sarawak.

Semua kena ada peranan masing-masing," katanya.