Ayuh Harimau Muda kasi titik habis Bangladesh

Pemain Harimau Muda B-23 negara giat menjalani latihan sebagai persediaan berdepan Bangladesh dalam aksi pembukaan Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-23 Qatar 2024 pada Selasa. Foto: Football Association of Malaysia
Pemain Harimau Muda B-23 negara giat menjalani latihan sebagai persediaan berdepan Bangladesh dalam aksi pembukaan Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-23 Qatar 2024 pada Selasa. Foto: Football Association of Malaysia
A
A
A

SKUAD bola sepak Bawah 23 (B-23) tahun negara diingatkan supaya tidak mengambil mudah cabaran pasukan Bangladesh apabila menyingkap cabaran kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Stadium Chonburi pada Rabu.

Di sebalik itu, jurulatih berpengalaman Irfan Bakti Abu Salim mahu para pemain muda skuad E Elavarasan tersebut menterjemahkan setiap peluang yang terhidang di perlawanan pembukaan Kumpulan H tersebut dalam bentuk jaringan.

“Jangan sesekali kita memandang rendah keupayaan Bangladesh biarpun pasukan tersebut bukan lawan sebenar kita.

“Namun jangan pula sesekali kita terlalu menghormati pasukan lawan kita dalam perlawanan pembukaan.

“Saya harap dengan himpunan pemain berkualiti ditambah minit permainan dalam Liga Super termasuk beberapa pemain yang beraksi dalam liga luar, ini merupakan peluang terbaik Harimau Muda kasi titik habis Bangladesh,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Pada masa sama Irfan Bakti juga menasihati skuad muda negara itu menggunakan sepenuhnya kempen kelayakan itu pentas menebus kekecewaan di Sukan SEA Kemboja 2023 dan Kejuaraan AFF 2023 sebelum ini.

“Sememangnya saya akui para penyokong bola sepak negara mengharapkan sesuatu yang positif dapat dijelmakan skuad Harimau Muda di Thailand kali ini.

“Selepas persembahan kurang memberangsangkan skuad muda di Sukan SEA Kemboja 2023 diikuti Kejuaraan AFF, ini merupakan peluang terbaik untuk skuad negara membuktikan sesuatu kepada para penyokong,” katanya.

Artikel Berkaitan:

KELAYAKAN PIALA ASIA B-23 2024

Jadual

Kumpulan H

RABU (6 SEPTEMBER)

Malaysia lwn Bangladesh,

(Stadium Chonburi, 5.30 petang)

SABTU ( 9 SEPTEMBER)

Malaysia lwn Filipina,

(Stadium Chonburi, 5.30 petang)

SELASA (12 SEPTEMBER)

Malaysia lwn Thailand,

(Stadium Chonburi, 9.30 malam)