Ziana Zain tergelak kerana didakwa sudah bergelar Datuk

Ziana Zain memberitahu sama sekali tidak pernah mengejar pangkat itu, tetapi menganggap ia sebagai satu bonus sekiranya terpilih untuk menerima pingat yang membawa gelaran Datuk.
Ziana Zain memberitahu sama sekali tidak pernah mengejar pangkat itu, tetapi menganggap ia sebagai satu bonus sekiranya terpilih untuk menerima pingat yang membawa gelaran Datuk.
A
A
A

PENYANYI terkenal, Ziana Zain memberitahu dia hanya ketawa saat dihujani ucapan tahniah selepas berita dikurniakan gelaran Datuk tersebar di media sosial sejak semalam.

Berasa terhibur dengan situasi yang berlaku, bintang berusia 55 tahun itu menegaskan tidak menerima sebarang tawaran kurniaan pingat apatah lagi bergelar Datuk.

“Saya sedang tidur dan terjaga apabila dihujani mesej daripada rakan-rakan semalam yang mengucapkan tahniah kerana mendapat pingat Datuk.

"Rasa geli hati juga bila ada yang mengusik. Kalau orang lain mungkin marah, tapi saya hanya tergelak," ujarnya ketika ditemui pada majlis perkongsian mengenai pembedahan Bariatrik oleh Pakar Bedah Perunding dan Pakar Usus dan Bariatrik, Doktor Mustafa Mohammed Taher yang berlangsung di sebuah restoran di Ampang, pada Selasa.

Selain Ziana, turut hadir memeriahkan majlis itu rakan selebriti seperti Ziela Jalil, Lieza Abdullah Khadijah Ibrahim dan Zarina Zainuddin.

Ziana antara yang artis melakukan pembedahan tersebut pada April tahun lalu atas faktor kesihatan.

Tambah Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, dia sama sekali tidak pernah mengejar pangkat itu, tetapi menganggap ia sebagai satu bonus sekiranya terpilih untuk menerima pingat yang membawa gelaran Datuk.

"Kalau ada yang mahu mengurniakan, saya anggap ia rezeki dan satu bonus, tetapi kalau tak dapat pun saya tetap bersyukur.

"Fokus saya adalah mencari duit untuk kelangsungan hidup untuk menyara diri, anak-anak dan kedua-dua ibu bapa," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Ziana bercerai talak satu dengan Armin Zaharin di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

Hasil perkahwinan selama 20 tahun, mereka dikurniakan lima anak iaitu Muhammad Amar dan Muhammad Aiman, 23, Muhammad Airil, 21, dan Siti Nur Kaseh, 14.