Enam jalan tutup pada Hari Tanpa Kenderaan 2023

Antara acara diadakan sempena sambutan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2023.
Antara acara diadakan sempena sambutan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2023.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan sempena sambutan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2023 di Dataran Kemerdekaan pada 10 September.

Jalan ditutup ialah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato Menteri dan Persiaran Damai bermula jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Sehubungan itu, Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam satu kenyataan menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan dinyatakan dalam tempoh tersebut untuk mengelak kesesakan lalu lintas.

“Pihak MBSA juga memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” katanya dalam kenyataan berkenaan pada Selasa.

Program tersebut dianjurkan bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Shah Alam dengan pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti senamrobik dan jualan makanan.

Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5522 2734.

Artikel Berkaitan: