Polis buru lelaki berkelakuan tidak senonoh di tempat awam

Tangkap layar video perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh suspek.
Tangkap layar video perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh suspek.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita seperti dalam video tular di laman Twitter sejak Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisoner Tan Cheng San berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati kejadian itu berlaku pada Ahad kira-kira jam 9 pagi di kawasan parkir berdekatan kedai makanan segera di Alma, di sini.

Menurutnya, lelaki yang tidak dapat dipastikan bangsanya menaiki motosikal jenis Yamaha LC 135 berwarna merah dengan nombor pendaftaran palsu telah menghampiri kereta yang dinaiki mangsa sebelum membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluan.

"Ekoran daripada kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Balai Polis Bukit Mertajam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Cheng San berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan dengan menyalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Yusrashidi Yussof di talian 017-4336334 atau boleh berhubung dengan mana-mana balai berhampiran.

Terdahulu tular di laman Twitter, video berdurasi 24 saat perbuatan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh di tepi sebuah kereta.

Artikel Berkaitan: