Kontraktor mengaku salah gagal kemuka borang penyata pendapatan

Chong Sing Chai (kanan) ditemani pegawai LHDN ketika hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin atas pertuduhan gagal mengemukakan borang penyata pendapatan dalam borang B bagi taksiran 2017 hingga 2021 membabitkan nilai cukai pendapatan sebanyak RM124,702.64.
Chong Sing Chai (kanan) ditemani pegawai LHDN ketika hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin atas pertuduhan gagal mengemukakan borang penyata pendapatan dalam borang B bagi taksiran 2017 hingga 2021 membabitkan nilai cukai pendapatan sebanyak RM124,702.64.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang kontraktor mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin atas pertuduhan gagal mengemukakan borang penyata pendapatan dalam borang B bagi taksiran 2017 hingga 2021 membabitkan nilai cukai pendapatan sebanyak RM124,702.64.

Chong Sing Chai, 69, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noorhafizah Ishak selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, warga emas berkenaan gagal mengemukakan penyata pendapatan dalam Borang B bagi tahun taksiran 2017 hingga 2021 pada atau sebelum 30 Jun pada tahun berikutnya kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri dengan tiada sebab munasabah yang membabitkan pendapatan bercukai berjumlah RM781,637.

Berikutan itu orang kena saman(OKS) tersebut telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 112( I A) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama.

OKS dalam rayuannya memaklumkan kepada mahkamah yang dia tidak mampu membayar denda malah tidak pernah mengemukakan rayuan sebelum ini kerana tidak faham mengenainya.

Noorhafizah memberitahu yang mahkamah merekodkan pengakuan bersalahnya tetapi menangguhkan fakta kes dan hukuman kerana OKS tidak bersedia untuk membayar denda.

Beliau kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 13 Oktober ini dan jika mahkamah tidak berpuas hati dengan penangguhan diberikan, pihaknya akan meneruskan dengan fakta kes dan hukuman.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa LHDN, Maizatul Suhaila Zukifli.

Artikel Berkaitan: