PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai

Dari kiri: Suhaizan, Samsudin dan Zulkifli yang diumumkan sebagai calon PRK Parlimen Pulai.
Dari kiri: Suhaizan, Samsudin dan Zulkifli yang diumumkan sebagai calon PRK Parlimen Pulai.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung 9 September nanti.

Pakatan Harapan (PH) meletakkan bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Suhaizan Kayat, manakala Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar.

Selain itu, calon Bebas pula adalah Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi.

Nama-nama calon berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya bagi PRK P161 Parlimen Pulai, Miswan Yunus.

Terdahulu, Miswan mengumumkan SPR menerima kertas pencalonan daripada tiga calon berkenaan dengan tiada pencalonan yang ditolak di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini

PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN

Ahmad Zahid, Hamzah iring calon PRK Pulai