Kelab EPL belanja RM13.81 bilion

Caicedo (kanan) sandaran Mauricio Pochettino bagi melonjakkan kembali imej Chelsea menjadi kelab digeruni dan dihormati di pentas Liga Perdana Inggeris. - Foto Agensi
Caicedo (kanan) sandaran Mauricio Pochettino bagi melonjakkan kembali imej Chelsea menjadi kelab digeruni dan dihormati di pentas Liga Perdana Inggeris. - Foto Agensi
A
A
A

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL) berbelanja besar pada jendela perpindahan musim panas ini dengan rekod 2.36 bilion pound (RM13.81 bilion), menurut syarikat kewangan Deloitte.

Penolong Pengarah Kumpulan Perniagaan Sukan Deloitte, Calum Ross menyifatkan perbelanjaan tinggi tersebut sebagai cerminan kadar pertumbuhan luar biasa kekayaan liga.

“14 kali jendela perpindahan musim panas diambil untuk mencapai jumlah 1 bilion pound dan ia hanya memerlukan tujuh jendela perpindahan untuk melepasi 2 bilion pound.

“Jadi, itu mencerminkan kadar pertumbuhan yang luar biasa yang tidak pernah kami lihat,” katanya.