Kimma bukan sekadar jadi rakan gabungan UMNO - Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID
AHMAD ZAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) bukan sekadar parti yang menjadi rakan gabungan UMNO di dalam Barisan Nasional (BN) tetapi juga sentiasa memberikan sokongan untuk terus menyusun kebangkitan demi mendapatkan semula sokongan rakyat.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kimma diharap agar terus memainkan peranan sebagai ejen perpaduan dalam masyarakat Malaysia termasuk Muslim India dan komuniti lain.

Ujar Ahmad Zahid, parti berkenaan juga perlu terus bersama menyantuni rakyat di negara ini dan memperkasakan Kerajaan Perpaduan.

“Kimma bukan sahaja sekadar sebuah parti yang menjadi rakan gabungan UMNO di dalam BN, ‘Friends of BN’ tetapi inilah parti yang sentiasa memberikan sokongan kepada UMNO-BN untuk terus menyusun kebangkitan demi mendapatkan semula sokongan rakyat

“Pagi tadi, saya menghadiri Perhimpunan Agung Kimma ke-44 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Tahniah saya ucapkan kepada Presiden Kimma, Datuk Seri Syed Ibrahim di atas jasa baik dan kecemerlangan beliau memimpin Kimma selama ini,” katanya dalam siaran di Facebook beliau pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO itu berkata, beliau difahamkan bahawa perhimpunan itu akan berlangsungnya pemilihan untuk memilih kepimpinan bagi penggal yang baharu dalam akan menentukan hala tuju Kimma untuk tempoh tiga tahun.

“Semoga pemilihan pada kali ini berlangsung dalam keadaan yang penuh semangat persaudaraan dan kebersamaan,” ulasnya.

Pada Sabtu, media melaporkan Syed Ibrahim berkata, bahawa Kimma tidak akan mengemukakan permohonan secara rasmi untuk menyertai BN sebagai parti komponen.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, keputusan tersebut dicapai sebulat suara oleh pimpinan parti dan ahli akar umbi parti itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!