Malaysia Malaysia: MCA boleh bawa ke mesyuarat Kerajaan Perpaduan

Chin Tong dan Nie Ching (belakang tengah) bersama penduduk di Dewan Kampung Orang Asli Sungai Temon, Johor Bahru pada Sabtu.
Chin Tong dan Nie Ching (belakang tengah) bersama penduduk di Dewan Kampung Orang Asli Sungai Temon, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - DAP tidak perlu memberi maklum balas terhadap gesaan MCA supaya parti itu memberi penjelasan mengenai konsep Malaysian Malaysia dibawa DAP yang dilihat menyumbang kepada ketegangan kaum.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, MCA boleh membawa perkara berkenaan dalam mesyuarat Kerajaan Perpaduan sekiranya mahu membangkitkan isu tersebut.

"Kita tidak respon kepada MCA. Kita dalam konteks Kerajaan Perpaduan tidak perlu respon terhadap MCA. Apa-apa cadangan MCA boleh bawa cadangan kepada mesyuarat Kerajaan Perpaduan," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat tapak pemasaran Starlink di Dewan Kampung Orang Asli Sungai Temon, dekat sini pada Sabtu.

Pelancaran itu disempurnakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan.

Pada Jumaat, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menggesa DAP memberi penjelasan mengenai konsep Malaysian Malaysia dibawa parti itu supaya tidak lagi menyumbang kepada ketegangan kaum

Beliau berkata, DAP juga perlu mengakui kesilapan kepada rakyat jika konsep Malaysian Malaysia selari dengan janji parti itu menghapuskan kuota bumiputera dan mengembalikan penggunaan bahasa.

Terdahulu Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed meminta DAP menggugurkan tuntutan 'Malaysian Malaysia' dan menggesa komponen Pakatan Harapan (PH) menilai semula komitmennya yang antara lain menghapuskan sistem kuota Bumiputera berikutan hujah matlamat sedemikian menghalang parti berkenaan daripada mendapat sokongan orang Melayu.

Mengenai perkembangan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, beliau berkata, semuanya berjalan lancar.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan BN berjalan dengan baik.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling ketika berucap berkata, pemasaran satelit Starlink tersebut membantu penduduk setempat untuk mendapat akses internet lebih baik.

"Dahulu tiada air, tiada elektrik di kampung ini tetapi sekarang sudah berubah, sudah ada. Begitu juga sekarang sudah ada internet lebih baik dengan Starlink. Kita harap dapat bawa perubahan," katanya.