DAP guna lagu ‘Setia’ sampaikan mesej sebahagian Kerajaan Perpaduan

SHAH ALAM - DAP menggunakan lagu ‘Setia’ untuk menyampaikan mesej sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia berikutan lirik lagu ciptaan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat itu sangat sesuai dan mencerminkan pembinaan negara yang bersatu padu.
“Saya menugaskan komposer tempatan untuk menyusun semula ‘Setia’ dan menghabiskan beberapa jam di studio rakaman bersama ahli Parlimen DAP lain termasuk Hannah Yeoh (Segambut), Steven Sim Chee Keong (Bukit Mertajam), Syahredzan Johan (Bangi) dan Young Syefura Othman (Bentong) menghasilkan ‘Kitalah Malaysia - Setia (2023)’.
“Kini, iklim politik semasa menyaksikan peningkatan dalam politik perpecahan, justeru DAP mahu menggunakan ‘Setia’ untuk menyampaikan mesej sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya pada Khamis.