Pameran MATTA ke-53 lonjak industri pelancongan

Dari kiri: Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar, Datuk Roslan Abdul Rahman, Presiden MATTA, Nigel Wong dan Ketua Pegawai Eksekutif Pelancongan Negeri Selangor, Azrul Shah Mohamad.

A
A
A

SHAH ALAM - Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia ke-53 (MATTA) mampu melonjakkan industri pelancongan susulan kejayaan acara tersebut yang menarik lebih 180,000 pelawat pada Mac tahun ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pameran tersebut membuktikan MATTA menjadi hab kepada pemain industri dalam dan luar negara untuk mempromosikan industri serta jenama mereka di peringkat antarabangsa.

“Pameran MATTA ke-52 Mac lalu menarik lebih ramai pemain industri dan pelancong dengan jumlah jualan lebih RM300 juta termasuk domestik yang mencatatkan keuntungan RM34 juta.

“Saya memuji Presiden MATTA, Nigel Wong kerana kegigihan pasukannya menjayakan pameran ini dan membuktikan ia berjaya membantu pemain industri untuk terus berkembang maju,” katanya.