Singa sesat masuk bandar cetus panik orang ramai

Seekor singa terlepas dari kereta sehingga mencetuskan panik orang ramai di Karachi, Pakistan. - Agensi
Seekor singa terlepas dari kereta sehingga mencetuskan panik orang ramai di Karachi, Pakistan. - Agensi
A
A
A

KARACHI - Seekor singa yang berkeliaran lebih sejam di bandar raya sibuk di Karachi, Pakistan telah mencetuskan panik orang ramai selepas ia terlepas dari sebuah kereta.

Mujurlah, anggota polis dan kakitangan Jabatan Hidupan Liar Sindh berjaya menangkap haiwan tersebut yang berkeliaran di jalan raya selepas hampir sejam memburunya.

Rakaman video oleh pejalan kaki menyaksikan singa itu berjalan di tepi kenderaan awam dan laluan pejalan kaki.

Rakaman lain menunjukkan singa itu menyerang seorang lelaki tetapi tidak mencederakannya selepas beberapa kali mengacah untuk menerkam orang ramai yang melalui kawasan tersebut.

Polis berkata, pihaknya turut berjaya menangkap seorang lelaki yang membawa singa itu dengan menaiki keretanya dan dia akan didakwa kerana membawa haiwan liar memasuki kawasan bandar.

Sementara itu, Konservator Jabatan Hidupan Liar Sindh, Javed Mehar berkata, haiwan seperti singa dan harimau dilindungi undang-undang ketat kerana spesies tersebut dikatakan semakin terancam akibat pemburu haram di negara ini.

"Pemilik singa tersebut akan berdepan denda yang tinggi," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: