MBS sita gerai warga asing di kaki lima

MBS menyita barangan yang diniagakan di kaki lima di Jalan Dato' Bandar Tunggal di sini. - Foto MBS
MBS menyita barangan yang diniagakan di kaki lima di Jalan Dato' Bandar Tunggal di sini. - Foto MBS
A
A
A

SEREMBAN - Warga asing yang dikesan menjalankan perniagaan makanan basah dan sayur-sayuran di kaki lima di dua premis berasingan di Jalan Dato' Bandar Tunggal di sini di kenakan tindakan sitaan oleh pihak berkuasa Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada Khamis.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan MBS antara jam 8 hingga 9.15 malam itu hasil daripada aduan awam.

"Pasukan serbuan turut disertai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kesihatan telah memeriksa dua premis yang diuruskan oleh warga asing.

"Siasatan mendapati premis berkenaan memiliki lesen perniagaan runcit dari pihak majlis (MBS) atas nama rakyat tempatan dan kedua-dua premis menjalankan aktiviti menjual barangan basah (sayuran) yang diletakkan di kaki lima premis," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Veerapan berkata, sitaan dilakukan ke atas kedua-dua premis terbabit kerana menjual barangan di kaki lima tanpa kebenaran pihak berkuasa.

"Kesemua barang sitaan disimpan di Setor Penyimpanan MBS di Jalan Labu, Seremban untuk tindakan lanjut," katanya.

Sebelum itu tular rakaman video di media sosial memaparkan beberapa warga asing berniaga di kaki lima premis di sekitar Seremban.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!