Polis siasat kenyataan hina PM

A Asmadi
A Asmadi
A
A
A

PUTRAJAYA - Polis menyiasat kenyataan yang dimuat di laman Twitter berbaur penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan kehadiran pemimpin itu di Kepci Music Fest, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, satu laporan dibuat oleh pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri pada Khamis.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan pihak polis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Difahamkan, hantaran kenyataan di laman Twitter itu dimuat naik pada Isnin dengan ayat berbaur penghinaan selain paparan video.

Pada Sabtu, Anwar hadir memeriahkan Kepci Music Fest yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam bersempena sambutan jubli emas restoran makanan segera, KFC di Malaysia.

Ketibaan Perdana Menteri kira-kira 9.05 malam itu turut ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Festival yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-50 KFC itu menampilkan persembahan muzik dari barisan artis penyanyi baharu dan legenda tempatan.

Artikel Berkaitan: