Tukang urut ditahan buat hantaran berbaur ugutan terhadap PM

Mohd Shuhaily
Mohd Shuhaily
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang tukang urut ditahan kerana disyaki memuat naik hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam serbuan di Taman Desa Budiman, Bidong, Kedah, pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun dalam serbuan pada jam 2.30 petang.

"Kita terima laporan jam 3.24 petang berhubung ancaman melalui akaun Facebook JoeJebatTajudin.

"Hasil siasatan, kita sudah kenal pasti suspek dan membuat tangkapan terhadap lelaki itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, di sini, pada Isnin.

Mohd Shuhaily berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan narkotik.

"Suspek telah direman empat hari bermula hari ini sehingga Khamis bagi membantu siasatan yang dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelah (USJT) Bukit Aman," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial hantaran pemilik akaun Facebook dikenali sebagai JoeJebatTajudin berkongsi satu satu klip video dari halaman YouTube memaparkan kejadian letupan di Beirut, Lebanon.