Kos VAR hampir cecah RM10 juta

Aplikasi VAR dalam saingan Liga Malaysia akan menelan belanja yang tinggi.
Aplikasi VAR dalam saingan Liga Malaysia akan menelan belanja yang tinggi.
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mungkin perlu mencari tajaan yang lebih tinggi untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) apabila sistem video bantuan pengadil (VAR) mula diaplikasikan tahun hadapan.

Ia selepas badan pentadbir liga itu terpaksa berbelanja besar dalam usaha memastikan sistem VAR itu dapat digunakan dalam setiap perlawanan liga di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, kos untuk mengaplikasi VAR pada tahun hadapan cukup tinggi dianggarkan sekitar RM9.7 juta.

“Selepas itu (untuk tahun seterusnya), anggaran MFL pada masa ini adalah RM3.2 juta setahun dan ia tidak termasuk kos yang kita tidak dapat kenal pasti buat masa ini.