Setiausaha Pertahanan UK Ben Wallace letak jawatan

Ben Wallace - Foto Bernama
Ben Wallace - Foto Bernama
A
A
A

MOSCOW - Setiausaha Pertahanan Ben Wallace menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Rishi Sunak selepas empat tahun memegang jawatan itu, lapor Sputnik memetik dokumen yang diterbitkan oleh kerajaan UK pada Khamis.

Wallace dilantik memegang jawatan itu pada 2019 di bawah kerajaan Boris Johnson.

"Setelah memikirkan dengan sedalam-dalamnya, saya mengambil keputusan untuk berundur. Saya memenangi kerusi ini pada 2005 dan sudah tiba masanya untuk kembali menjalani kehidupan yang saya tinggalkan, selain meneroka peluang baharu," menurut dokumen itu.

Sunak menerima peletakan jawatan itu dan memahami hasrat Wallace untuk berundur selepas lapan tahun menjalankan tugas menteri.

"Saya menghormati keputusan anda dan terima kasih," kata Sunak. - Bernama

Artikel Berkaitan: