Kontinjen UiTM dalam kelas tersendiri

Kontinjen UiTM mengekalkan dominasi dalam Karnival Sukan Masum 2023 yang melabuh tirai di UTeM.
Kontinjen UiTM mengekalkan dominasi dalam Karnival Sukan Masum 2023 yang melabuh tirai di UTeM.
A
A
A

KONTINJEN Universiti Teknologi Mara (UiTM) berada dalam kelas tersendiri apabila muncul juara keseluruhan Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2023.

Fasa Dua di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), menyaksikan UiTM mengumpul pingat 17 emas, lapan perak dan 13 gangsa meninggalkan pesaing terdekat Universiti Putra Malaysia (UPM) - sembilan emas, tiga perak dan lima gangsa.

Kejayaan diraih di bumi Hang Tuah itu menyaksikan kontinjen UiTM mengekalkan pencapaian sama dalam Fasa Satu di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan sebelum ini.

Pencapaian dalam kedua-dua fasa itu menyaksikan kontinjen UiTM mengekalkan kejuaraan untuk tahun keempat berturut-turut keseluruhan pingat sebanyak 36 emas, 27 perak dan 29 gangsa.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM, Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi menyifatkan kejayaan secara konsisten diraih kontinjen universiti tersebut adalah hasil kerja keras dan semangat juang tinggi para atlet dan pegawai pasukan.

“UiTM telah berjaya mendominasi beberapa acara sukan di sepanjang kejohanan ini seperti taekwondo, memanah, petanque, basikal MTB, silat dan bola baling.

“Malah pasukan sofbol wanita UiTM juga menyumbangkan pingat emas setelah beberapa tahun acara ini tidak dipertandingkan di Karnival Sukan Masum,” katanya.

Artikel Berkaitan: