Motosikal retro, klasik bakal gegar Karnival Pendidikan Sinar Bestari

Pertandingan Moto Show bersempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari bermula jam 10 pagi hingga 3 petang pada 10 September depan.
Pertandingan Moto Show bersempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari bermula jam 10 pagi hingga 3 petang pada 10 September depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Harian akan menganjurkan Pertandingan Moto Show bersempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari bagi motosikal klasik dan retro bermula jam 10 pagi hingga 3 petang pada 10 September ini.

Ketua Pengarangnya, Zamri Rambli berkata, ia diadakan bertujuan untuk mengumpulkan peminat motosikal klasik dari sekitar Lembah Klang, Selangor.

Menurutnya, pertandingan itu menawarkan enam kategori berbeza iaitu retro 250cc ke atas, retro 250cc ke bawah, retro open, kapcai retro, kapcai klasik dan klasik open.

Zamri
Zamri

“Peserta boleh membawa motosikal masing-masing di tempat pameran yang disediakan sebelum juri membuat pemarkahan berdasarkan kriteria seperti keunikan dan kreativiti mencantikkan motosikal.

“Juara setiap kategori akan membawa pulang RM200, naib juara RM100 dan tempat ketiga RM50. Ketiga-tiga pemenang turut akan menerima trofi.

“Namun, pemenang tempat keempat dan kelima tidak akan pulang dengan tangan kosong sebaliknya turut mendapat trofi penghargaan,” katanya pada Jumaat.

Tambah Zamri, peminat motosikal yang ingin menyertai atau mempunyai soalan lanjut boleh berhubung dengan pihak urusetia Yayang di talian 011-2662 7876.

Artikel Berkaitan:

“Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini sambil memeriahkan Karnival Pendidikan Sinar Bestari.

“Ia menawarkan pelbagai aktiviti menarik lain sepanjang tiga hari penganjuran,” ujarnya.

Karnival Pendidikan Sinar Bestari merupakan medan pertemuan paling tepat antara warga sekolah, ibu bapa, komuniti dan pemain industri untuk sama-sama berkongsi pandangan dan pendapat dalam bidang masing-masing.

Pengurus Besar Jualan Iklan Sinar Harian, Airol Fadley Limin berkata, peluang itu perlu dimanfaatkan sepanjang karnival berlangsung bermula 8 hingga 10 September depan di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.