Tak serik kena serbu, kilang proses ayam kotor diarah tutup

Operasi bersepadu dijalankan 69 anggota penguat kuasa diketuai Ahmad Faisal.
Operasi bersepadu dijalankan 69 anggota penguat kuasa diketuai Ahmad Faisal.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bertindak tegas menutup sebuah kilang memproses ayam di Jalan Sungai Bakau, Rawang kerana beroperasi tanpa lesen.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan kilang terbabit juga pernah diserbu sebanyak dua kali sebelum ini, namun meneruskan operasi mereka selepas serbuan tersebut dijalankan.

"Pemilik premis kilang pernah diberikan lesen sementara, namun dibatalkan kerana tidak mematuhi syarat-syarat ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui notis dikeluarkan 8 Februari lalu.

"Surat makluman pembatalan telah diserahkan kepada premis perniagaan pada 3 Ogos dan diarahkan menghentikan aktiviti perniagaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat pemakluman pembatalan," kata MPS di laman Facebooknya.