Ular sawa gergasi merayap atas bumbung rumah

Ular sawa sepanjang lima meter dikesan menyelusuri bumbung rumah ke pokok di Queensland, Australia. - Agensi
Ular sawa sepanjang lima meter dikesan menyelusuri bumbung rumah ke pokok di Queensland, Australia. - Agensi
A
A
A

SYDNEY - [DIKEMAS KINI] Sebuah keluarga di Queensland, Australia berjaya merakamkan seekor ular sawa gergasi yang merayap di atas bumbung rumah dan pokok di laman rumah mereka sebelum menghilangkan diri dalam hutan berhampiran.

Semasa kejadian, ramai jiran tinggal berdekatan berkumpul di luar rumah untuk melihat 'tetamu tidak diundang' dan sempat merakamkan kejadian dengan telefon pintar dan memuat naik dalam platform media sosial masing-masing.

Salah satu rakaman bertajuk ' Only in Australia will you see a 5 metre long Carpet Snake in the suburbs' menjadi tular di platform media sosial, TikTok

Malah, video itu ditonton 20 juta kali dan 1.2 juta tanda suka dan penonton memberikan reaksi lucu terhadap video tersebut.

Dalam video itu, terdengar rakaman seorang kanak-kanak menangis ketika ular sawa itu menoleh ke arah orang ramai yang melihatnya.

"Itu ular liar," kedengan suara wanita dalam video itu.

Video itu berakhir apabila ular itu melintas dari pokok ke pokok lain dan orang ramai kelihatan kagum menyaksikan keupayaan ular dianggarkan sebesar batang pokok kelapa mampu mengekalkan keseimbangan sehingga tidak terjatuh atas tanah.

Difahamkan, ular sawa ini mampu mencapai berat sehingga 150 kilogram dan panjang empat hingga lima meter.

Artikel Berkaitan:

Penangkap Ular, Dan dari Sunshine Coast, yang kerap bertemu dengan reptilia itu, memberitahu Yahoo News Australia bahawa adalah perkara biasa untuk melihat ular bergerak sedemikian.

"Apabila melihat mereka atas pokok, ular ini berkemungkinan memburu burung atau tikus untuk menjadi makanannya.

Katanya, sudah menjadi perkara biasa melihat ular sawa berada atas pokok atau berjemur bawah sinaran matahari. Namun spesies ini seringkali dijumpai atas tanah untuk memburu makanan. - Agensi