Polis rekod keterangan Dr Mahathir

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis merekod keterangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan penglibatan dalam program Sidang Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu baru-baru ini.

Perkara tersebut disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berkaitan perkara tersebut.

Terdahulu, peguam Tun Dr Mahathir, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, bekas Perdana Menteri itu didatangi anggota dan pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

"Tun telah dirakam keterangan kira-kira jam 3 petang Yayasan Al Bukhary berkaitan penglibatan beliau dalam Sidang Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu.

"Tun juga memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan akan menjawab kesemua soalan di mahkamah," katanya.

Katanya, kenyataan beliau adalah jelas berdasarkan pengalaman sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

"Segala kenyataan serta ucapan yang beliau keluarkan adalah berdasarkan pengalaman beliau sebagai perdana menteri selama 22 tahun, 22 bulan.

Artikel Berkaitan:

"Ia juga mengikut segala lunas-lunas sebagaimana yang diperuntukkan perlembagaan," katanya.

Pada Selasa, Tun Dr Mahathir menerusi Facebook rasminya menyatakan Kerajaan tidak berhak untuk melarang mana-mana pihak membicarakan isu berkenaan 3R (agama, raja, kaum).

Jelas beliau, ini kerana larangan 3R oleh kerajaan itu terlalu umum.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa membelakangkan undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Larangan sentuh isu 3R terlalu umum - Tun M