Atletico Madrid amuk Rayo tujuh gol di Estadio de Vallecas

Morata
Morata
A
A
A

ATLETICO Madrid menewaskan jiran tetangga, Rayo Vallecano 7-0 ketika berkunjung ke Estadio de Vallecas untuk kemenangan terbesar di tempat lawan dalam perlawanan La Liga musim ini.

Skuad kendalian Diego Simone mendahului 3-0 dalam masa 36 minit apabila Antoine Griezmann (m-2), Memphis Depay (m-16) dan Nahuel Molina (m-36) mencetak nama sebagai penjaring bagi memimpin aksi separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, empat gol dalam 13 minit kemudian melengkapkan kekalahan Los Rayito kendalian Francisco Javier Rodríguez Vílchez dengan Alvaro Morata menjaringkan dua gol (m-73, m-84), bersama Angel Correa (m-79) dan Marcos Llorente (m-84).

Kemenangan luar biasa Atletico itu membolehkan kelab tetangga Real Madrid bergerak di tempat kedua, dua mata di belakang kelab asuhan Carlo Ancelotti selepas tiga perlawanan.

“Ya, kami menampilkan satu permainan yang hebat dan berkualiti dari awal hingga akhir, dengan intensiti yang tinggi

"Ya, tiga mata penting dan saya sangat gembira dengan semangat kerjasama berpasukan,” kata Griezmann yang juga tonggak Perancis.

Bagaimanapun, Atletico terpaksa membayar harga mahal untuk tiga mata tersebut selepas kehilangan Depay dalam akibat kecederaan pada separuh masa kedua.

Keputusan itu merupakan kali kedua Atletico menjaringkan tujuh gol dalam perlawanan La Liga pada abad ke-21, selepas menewaskan Getafe asuhan Luis Garcia dengan jaringan sama di Vicente Calderon pada 2013.

Artikel Berkaitan: