Sepasang kekasih ditahan miliki syabu, heroin

Dadah yang dirampas dari dua suspek yang ditahan awal pagi tadi.
Dadah yang dirampas dari dua suspek yang ditahan awal pagi tadi.
A
A
A

BUTTERWORTH - Sepasang kekasih ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Ujung Batu, Bagan Dalam di sini, awal pagi tadi.

Kedua-dua suspek berusia 42 dan 34 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) pada jam 1 pagi.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemeriksaan di rumah tersebut menjumpai 27 gram dadah heroin dan 0.7 gram syabu.

"Hasil soal siasat dari kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh itu mendapati dadah itu untuk kegunaan sendiri. Nilai dadah dirampas berjumlah RM1,200.

"Ujian saringan air kencing kedua-dua suspek positif morfin dan methamphetamine.

"Suspek direman tujuh hari sehingga 17 Mei ini untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Artikel Berkaitan: