Suhaizan banyak berjasa kepada Kerajaan Johor - Onn Hafiz

Onn Hafiz ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan jentera BN di PDM Kampung Danga pada Ahad.
Onn Hafiz ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan jentera BN di PDM Kampung Danga pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat, sebagai individu yang banyak berjasa di Johor.

Ini kerana jelasnya, Suhaizan merupakan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sewaktu tiga Menteri Besar sebelum ini bermula pada 2018 sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac tahun lalu.

"Pagi ini, saya bersama Suhaizan yang merupakan calon daripada Kerajaan Perpaduan, Suhaizan yang banyak berjasa kepada Kerajaan Johor sebagai Speaker DUN.

"Bekas pensyarah ini juga mempunyai prestasi yang sangat baik dalam membantu rakyat terutama di kawasan Pulai. Saya yakin, Suhaizan akan dapat meneruskan legasi perjuangan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama jentera Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Balairaya Kampung Sungai Danga, di sini pada Ahad.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohammed.

Ditanya mengenai sokongan ahli BN kepada Suhaizan, Onn Hafiz menjelaskan perkara tersebut dalam momentum yang baik.

"Alhamdulillah setakat ini sokongan ahli-ahli BN dalam keadaan yang baik dan mereka memahami perlunya kestabilan untuk negara dan juga negeri Johor," ujarnya yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam

Sementara itu, Suhaizan menzahirkan penghargaan kepada Onn Hafiz yang turun padang membantu jentera khususnya dalam memberikan penjelasan mengenai sokongan kepada calon daripada Kerajaan Perpaduan.

"Penjelasan diberikan itu pada saya diterima dengan baik akar umbi BN sekali gus menepis pandangan bahawa tidak perlunya usaha membantu calon daripada parti lain selain daripada BN," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 9 pagi ini

PRK: Hampir 1,000 penyokong iringi calon PN

Ahmad Zahid, Hamzah iring calon PRK Pulai

PRK: Calon Bebas paling awal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Pulai

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai

Pusat penamaan calon PRK Pulai, Simpang Jeram ditutup 10 pagi

PRK: Lautan merah, biru penyokong penuhi pusat penamaan calon

PRK: Penyokong PH-BN laung reformasi, tolak PN, tolak rasuah

PRK: Proses penamaan calon terkawal, tiada provokasi

PRK: Saingan tiga penjuru di Parlimen Pulai