BTS punyai jumlah peminat terbesar, diikuti Blackpink - Kajian

BTS dan Blackpink. - Foto Internet
BTS dan Blackpink. - Foto Internet
A
A
A

AKAUN budaya pop @viraltakes di X baru-baru ini berkongsi 10 kumpulan K-Pop dengan jumlah pengikut terbesar di pelbagai platform.

Data ini dikumpul menerusi Soundcharts, aplikasi analisis data masa sebenar untuk mengukur jumlah pengikut bagi setiap kumpulan K-Pop di media sosial termasuk di platform Spotify, YouTube, Instagram, Facebook, X, Soundcloud, Deezer dan TikTok.

Berikut merupakan senarainya mengikut turutan:

1. BTS: 352 juta

2. Blackpink: 269 juta

3. Twice: 105 juta

4. Stray Kids: 86 juta

5. TXT: 75 juta

6. EXO: 61 juta

7. ENHYPEN: 60 juta

8. SEVENTEEN: 59 juta

9. ITZY/NCT: 54 juta

10. NCT 127: 41 juta

Jika digabungkan, dua kumpulan terunggul di senarai itu, iaitu BTS dan Blackpink mempunyai pengikut melebihi 600 juta. - AWANI