Nahas Elmina: Lebih 10 individu dirakam keterangan

Gambar kecil: Hussein Omar Khan
Gambar kecil: Hussein Omar Khan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Lebih 10 individu termasuk orang awam yang memiliki video kejadian nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, 17 Ogos lalu telah dirakam keterangan setakat ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan buat masa ini masih dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

"Sehingga ini, lebih 10 individu dirakam keterangan termasuk melibatkan pemilik video tular berkaitan nahas, wakil syarikat penerbangan, wakil Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan beberapa individu lain.

"Kita masih menunggu laporan siasatan yang dijalankan oleh BSKU, selepas itu baru kita akan meneliti langkah selanjutnya," katanya ketika ditemui dalam Karnival dan Kayuhan Merdeka Polis Selangor (Merdeka Ride) sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di pekarangan Stadium Shah Alam di sini pada Sabtu.

Selasa lalu, polis memaklumkan pihaknya mengklasifikasikan siasatan berhubung nahas pesawat terhempas di Elmina,Seksyen U16 sebagai kematian mengejut (SDR).

Pada 17 Ogos lalu, nahas melibatkan sebuah pesawat terhempas di Elmina Seksyen U16 di sini mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Turut berada dalam pesawat itu ialah juruterbang Shahrul Kamal Roslan, 41, dan pembantu juruterbang Heikal Aras Abdul Azim, 45, serta lima penumpang iaitu Muhammad Taufik Mohd Zaki, 37, Khairil Azwan Jamaludin, 43, Shaharul Amir Omar, 49, Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi, 35, dan Idris Abdul Talib @ Ramali, 41.

Dua lagi adalah orang awam iaitu penunggang p-hailing Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, dan pemandu e-hailing Sharipudin Shaari, 51, yang melalui kawasan kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN:

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Peluang kenal pasti punca tipis