Pekida pertahan Fadhlina laksana Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Mohd Foad dan Fadhlina
Mohd Foad dan Fadhlina
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) akan mempertahankan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek daripada sebarang bentuk asakan dan desakan menghalang pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.

Presidennya, Datuk Mohd Foad Mat Isa berkata, dakwaan pelaksanaan modul itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan hak kebebasan beragama tidak sepatutnya berbangkit kerana ia hanya untuk pelajar Islam.

“Pekida mengutuk sekeras-kerasnya cubaan menghalang modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dilaksanakan sekolah arus perdana atau sekolah kebangsaan.

“Kami menyokong penuh hasrat dan perancangan kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendidik pelajar Islam supaya cemerlang dalam pelajaran dan berakhlak mulia menerusi modul ini.

“Kami turut menyokong penuh usaha murni Fadhlina menjadikan Hadis 40 Imam Nawawi sebagai panduan hidup pelajar,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan MCCBCHST yang sebelum ini mendakwa tindakan KPM melancarkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi berkemungkinan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

MCCBCHST turut membantah rancangan KPM untuk mengedarkan modul itu di sekolah arus perdana atau kebangsaan atas alasan kebebasan dan menghormati hak beragama.

Tegas Mohd Foad, pihaknya mengingatkan mana-mana pihak terutama pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk tidak sama sekali mempolitikkan isu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:

Modul Hadis 40 Imam Nawawi: Tiada paksaan kepada bukan Islam - PM

61 SMKA, 228 SABK terlibat Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi - KPM

MUIS sokong pengenalan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi pelihara keharmonian masyarakat

KPM lancar modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi

Modul penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bantu bentuk akhlak pelajar

'Jangan ganggu pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi'