Verstappen teruja cabaran Hamilton

Verstappen (kiri) meninggalkan Hamilton di tempat kedua dalam saingan GP Sepanyol pada Ahad. - Foto Agensi
Verstappen (kiri) meninggalkan Hamilton di tempat kedua dalam saingan GP Sepanyol pada Ahad. - Foto Agensi
A
A
A

PELUMBA sensasi, Max Verstappen teruja dengan cabaran perebutan kejuaraan saingan Formula Satu (F1) yang dilontar Lewis Hamilton selepas berakhir Grand Prix (GP) Sepanyol pada Ahad.

Verstappen cemerlang meraih kemenangan buat Red Bull selepas cemerlang mendominasi litar meninggalkan Hamilton dan rakan sepasukan Mercedes, George Russell di tempat kedua dan ketiga.

Pelumba berusia 26 tahun itu telah memenangi lima daripada tujuh pusingan pembukaan untuk mendahului 53 mata kejuaraan mengatasi rakan sepasukan, Sergio Perez.

Bagaimanapun peningkatan prestasi Mercedes di Litar de Catalunya Barcelona memberikan Hamilton sinar baharu bahawa impiannya untuk merangkul gelaran dunia kelapan belum berakhir.

“Saya akan terus bersaing dalam F1 selama mungkin untuk merebut semula gelaran dunia daripada Verstappen," katanya.

Hamilton tidak memenangi perlumbaan sejak kekalahannya yang mencetuskan 'perbalahan' dengan Verstappen pada pusingan akhir di Abu Dhabi musim 2021.

Verstappen pula berada di landasan terbaik untuk melakar hatrik musim ini berasa teruja untuk bersaing dengan Hamilton.

“Ia sudah pasti bagus untuk sukan ini. Sekiranya terdapat lebih banyak pasukan yang bertarung di hadapan.

“Itulah yang mereka mahu capai, secara jujurnya ia akan menjadi menakjubkan.

“Moga sepanjang tahun ia akan menjadi lebih sengit. Mungkin tahun depan akan ada lebih banyak pasukan yang bersaing untuk merebut kejuaraan,” ujar Verstappen.