Agong kurnia sumbangan kepada pemilik kenderaan ditimpa struktur bangunan runtuh

Sumbangan itu diserahkan oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd Alim dalam majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini. - Foto Facebook Istana Negara
Sumbangan itu diserahkan oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd Alim dalam majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini. - Foto Facebook Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian runtuhan struktur bangunan di Jalan Kuchai Lama di sini, baru-baru ini.

Menurut hantaran di Facebook Istana Negara hari ini, sumbangan itu diserahkan oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd Alim dalam majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Juruiring Polis kepada Seri Paduka Senior Asisten Komisioner Mohd Azani Omar.

Dalam insiden 16 Ogos lepas, 10 kenderaan rosak teruk ditimpa runtuhan sebahagian struktur bumbung Blok A Bangunan Sri Desa Kuchai.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa kesyukuran insiden runtuhan yang berlaku itu tidak melibatkan kemalangan jiwa. - Bernama

Artikel Berkaitan: