RM10 juta naik taraf kelajuan internet di UMK

Universiti Malaysia Kelantan memperuntukkan hampir RM10 juta dalam usaha menaik taraf kelajuan capaian internet daripada 1Gbps kepada 6.4 Gbps di pusat pengajian berkenaan.
Universiti Malaysia Kelantan memperuntukkan hampir RM10 juta dalam usaha menaik taraf kelajuan capaian internet daripada 1Gbps kepada 6.4 Gbps di pusat pengajian berkenaan.
A
A
A
BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah memperuntukkan hampir RM10 juta dalam usaha menaik taraf kelajuan capaian internet daripada 1Gbps kepada 6.4 Gbps di pusat pengajian berkenaan.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Arham Abdullah berkata, jumlah tersebut melibatkan kerja-kerja menaik taraf capaian internet sepanjang lima tahun bermula 2019 lalu.

"Usaha ini mendapat kerjasama penuh Telekom Malaysia. Selain itu UMK turut menaik taraf infra rangkaian (backbone) dengan peningkatan Core Switch (40 Gbps) setiap kampus, pembelian pelayan Hyper Convergence (high performance), peningkatan storan bagi Data Center, jaminan keselamatan dengan Secure Socket Layer (SSL) VPN Web Application Firewall (WAF) dan banyak lagi.

“Secara umumnya, UMK telah melaksanakan beberapa insiatif pendigitalan seperti Digital Maker Studio (Makers@UMK) dalam membina bakat generasi muda dan mempersiapkan mereka untuk kerjaya digital pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, usaha itu selari dengan agenda pemerkasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta perbincangan mewujudkan transformasi digital secara menyeluruh di semua Universiti Awam (UA).

Ujarnya, perkara itu menjadi antara agenda utama mesyuarat Majlis Pengarah-Pengarah ICT IPTA (MAPITA).

Arham berkata, mesyuarat itu adalah satu langkah penting ke arah mencapai matlamat utama untuk mewujudkan transformasi digital menyeluruh yang akan memberi impak positif kepada setiap aspek operasi dan pencapaian dalam menyokong inisiatif pendigitalan.

"UA akan memberi komitmen selaku penggerak (enabler) dalam memajukan bidang ICT di dalam IPTA masing-masing. Era digital nyata memberi impak, cabaran dan peluang yang besar dalam kehidupan dengan digitalisasi, ia memudahkan segala urusan dan semuanya dalam talian.

“UA akan terus meningkatkan perkhidmatan ICT seperti perkhidmatan internet, pelayan (server), storan, kebolehcapaian data dan maklumat, pembangunan sistem aplikasi secara integrasi, perkomputeran awan, keselamatan ICT dan banyak lagi bagi memenuhi keperluan pelajar, fakulti, pensyarah, penyelidik dan warga yang semakin berkembang.

Artikel Berkaitan:

“Lebih daripada sekadar penggunaan teknologi, ia melibatkan pemikiran strategik dan tindakan berani dalam merevolusikan cara kita bekerja, berinteraksi, dan memberikan nilai kepada pemegang taruh, pelanggan, rakan strategik dan pemain industri ICT,” katanya.

Arham memberitahu, dalam usaha memastikan agenda pendigitalan itu berjalan lancar, UA haruslah membuat persediaan awal termasuk kajian terperinci bagi menambah baik perkhidmatan sedia ada.

Ujarnya, menjadi hasrat UMK untuk menjadikan platform perkongsian ini dapat dimanfaatkan dalam usaha mengetengahkan strategi dan pendekatan baharu, eksplorasi teknologi terkini di samping berkolaborasi antara universiti-agensi kerajaan-industri.