Bukti keberkesanan pembelajaran kepada komuniti

Hanita (duduk, dua dari kiri) dan Muhamad Syukor (duduk, dua dari kanan) bersama peserta dan penduduk yang terlibat dalam program Khidmat Bakti empowerNCER Seberang Perai Tengah bersama komuniti.
Hanita (duduk, dua dari kiri) dan Muhamad Syukor (duduk, dua dari kanan) bersama peserta dan penduduk yang terlibat dalam program Khidmat Bakti empowerNCER Seberang Perai Tengah bersama komuniti.
A
A
A

PERMATANG PAUH - Seramai 30 peserta empowerNCER mengambil bahagian dalam program khidmat bakti bersama komuniti Seberang Perai Tengah di Surau Al-Ihsaniah, Kampung Petani di sini, pada Ahad.

Mereka terdiri daripada peserta kursus sistem penyamanan udara dan penyejukbekuan serta kursus masakan dan penyediaan makanan.

Eksekutif Kanan Pejabat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Pulau Pinang, Hanita Hassan berkata, program diadakan bertujuan untuk memastikan peserta empowerNCER dapat membuktikan keberkesanan pembelajaran mereka di dalam kelas kemahiran dan keusahawanan.

"Tujuan program dijalankan adalah mengukur daya kebolehan dan kemahiran para peserta empowerNCER dalam menjayakan program Khidmat Bakti empowerNCER Seberang Perai Tengah bersama komuniti.

Wakil peserta menerima sijil penyertaan daripada Muhamad Syukor.
Wakil peserta menerima sijil penyertaan daripada Muhamad Syukor.

"Selain itu, peserta juga dapat memberi khidmat kepada masyarakat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki selepas peserta menamatkan latihan kemahiran," katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Ahad.

Beliau ditemui selepas majlis penutup Program Khidmat Bakti bersama komuniti Seberang Perai Tengah yang dirasmikan Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Muhamad Syukor Abdul Razak.

Hadir sama, Pengurus Projek empowerNCER Pulau Pinang, Velmuruga Kalimuthu.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Hanita berkata, program itu juga boleh mewujudkan jalinan yang erat bersama komuniti melalui aktiviti yang dijalankan dan dipadankan ke arah integrasi B40 yang lebih berjaya.

Jelasnya, program itu diharap menjadi salah satu aspirasi untuk memberi persiapan kepada peserta sebelum membina empayar perniagaan bagi meningkatkan pendapatan mereka dan keluarga.