KKM keluarkan lebih RM1 juta kompaun kesalahan merokok

KKM mengeluarkan sebanyak 5,199 kompaun bernilai lebih RM1.2 juta sepanjang bulan lepas atas kesalahan merokok. - Gambar hiasan
KKM mengeluarkan sebanyak 5,199 kompaun bernilai lebih RM1.2 juta sepanjang bulan lepas atas kesalahan merokok. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan sebanyak 5,199 kompaun bernilai lebih RM1.2 juta sepanjang bulan lepas atas kesalahan merokok.

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan mengenai Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan dan Perundangan di Bawah Undang-undang Kesihatan Awam bagi Julai tahun ini, sebanyak 9,837 notis kesalahan juga telah dikeluarkan melibatkan 21,429 premis.

Katanya, penguatkuasaan itu dilakukan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004),

Bagi tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi, Dr Muhammad Radzi berkata, sebanyak 2,644 tawaran kompaun bernilai lebih RM1.3 juta telah dikeluarkan dengan purata RM500 bagi setiap kompaun.

"Sejumlah 249 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama sebanyak 36 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM171,000,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 6,832 premis makanan telah diperiksa dengan 226 atau 3.31 peratus premis diarah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai suatu langkah menjamin kebersihan premis serta makanan yang dihidangkan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: