Pengkid pos najis kepada bintang Hollywood kena bon berkelakuan baik

Seorang pengkid cuba menghantar najis dan air kencingnya kepada Leonardo DiCaprio dan Jared Leto dari pejabat pos di sekitar negeri Australia Barat pada Februari lalu.
Seorang pengkid cuba menghantar najis dan air kencingnya kepada Leonardo DiCaprio dan Jared Leto dari pejabat pos di sekitar negeri Australia Barat pada Februari lalu.
A
A
A

SYDNEY - [KEMAS KINI] Seorang wanita berperwatakan lelaki di Australia yang mengepos najis serta air kencingnya kepada bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio dan Jared Leto terlepas hukuman penjara apabila hakim memerintahkannya dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun.

Veronica Grey, 49, hadir di Mahkamah Majistret Broome pada Rabu dan mengaku bersalah atas lima pertuduhan menggunakan perkhidmatan pos untuk mengancam, mengganggu atau menyebabkan kesalahan.

Mahkamah mendengar Grey menghantar 23 beg pos antarabangsa dari pejabat pos di Lesmurdie, Perth, High Wycombe dan Kalamunda dari 2 hingga 8 Februari.

Semua bungkusan telah dialamatkan ke pelbagai lokasi di seluruh California, di Amerika Syarikat (AS) untuk perhatian pemenang Anugerah Akademi DiCaprio.

Bungkusan yang dihantar dari High Wycombe pula ditujukan kepada Leto.

Pendakwa raya Komanwel, Rhys Mola memberitahu mahkamah bahawa beg masing-masing mengandungi kuantiti najis dan air kencing Grey yang beku, diperincikan kepada penerimanya sebagai "konfeksionari valentine".

Mola berkata kesalahan itu membawa hukuman maksimum penjara 12 bulan atau denda AUD$16,500 (RM49,246) atau kedua-duanya sekali.

Kandungan beg itu ditemui apabila salah satu daripada barang itu pecah dan bocor ketika dikendalikan oleh seorang pekerja Australia Post.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, peguam bela Kaia Gooding menegaskan Gray tidak berniat mengganggu dua pelakon tersebut dan meminta pertuduhan berkenaan ditolak sambil memberi jaminan risiko untuk melakukan kesalahan berulang tidak wujud.

Laporan psikiatri yang dibentangkan kepada mahkamah mendedahkan Gray telah bertindak tanpa mengambil kira akibatnya kerana gangguan mental. - Agensi