KBS kena bantu naik taraf peralatan sukan NFDP Perlis

Twitter Fathul Bari pada Selasa menunjukkan beberapa biji bola dalam keadaan koyak.
Twitter Fathul Bari pada Selasa menunjukkan beberapa biji bola dalam keadaan koyak.
A
A
A

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya memohon perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh agar menaik taraf kemudahan peralatan sukan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) di Perlis.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Kangar itu, program NFDP di negeri tersebut antara yang berjaya melahirkan bakat berkualiti di peringkat pembangunan akar umbi.

"YB Hannah Yeoh, maaf hanya mahu kongsi aduan daripada jurulatih-jurulatih program NFDP Perlis di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

"Perlis antara negeri yg menghasilkan tunas bola sepak terbaik. Jadi, mohon YB untuk bantu naik taraf peralatan sukan yang diperlukan untuk latihan. Aduan telah disampaikan oleh mereka sejak awal tahun," tulisnya yang dipetik melalui Twitternya pada Selasa.

Hantaran Fathul Bari itu dibuat bersama sekeping foto yang menunjukkan beberapa biji bola sepak berada dalam keadaan koyak dan menyedihkan.

Akademi Tunas Perlis di bawah NFDP muncul antara bakat program akar umbi yang menyerlah sebelum ini antaranya muncul juara Kejohanan Yakult Piala Global (YGC) 2022 yang berlangsung di Padang Bola sepak Sains Islam Malaysia (USIM).

Artikel Berkaitan: