Kontena terbakar ada bahan kimia, asid - JBPM

Nor Arifin ketika sidang akhbar berkaitan beberapa buah kontena atas kapal kargo yang dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang di sini.
Nor Arifin ketika sidang akhbar berkaitan beberapa buah kontena atas kapal kargo yang dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang di sini.
A
A
A

KLANG - Kejadian kebakaran melibatkan sebuah kapal mengambil masa empat hari untuk dipadamkan berikutan terdapat bahan kimia antaranya organic peroxide yang berada dalam kontena kapal tersebut.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Nor Arifin Kamari berkata, pemeriksaan pada bahagian yang terbakar termasuk beberapa buah kontena dalam kapal tersebut dijalankan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat).

"Anggota Hazmat bertindak membuka semua kontena dan terlibat untuk pemeriksaan dan hasilnya mendapat terdapat 10 buah kontena yang mengalami kebakaran.

"Pemeriksaan turut mendapati salah sebuah kontena mengandungi bahan kimia antaranya organic peroxide, asid dan pelbagai barangan lain," katanya dalam sidang akhbar di Pelabuhan Klang di sini pada Selasa.

Katanya, kebakaran melibatkan antara tujuh hingga lapan lapisan kontena dengan ketinggian dua tingkat.

"Sebanyak 25 daripada 1,182 kontena yang terbakar atas kapal tersebut sekaligus pemadaman dilakukan dengan kaedah dan tertentu bagi mengelakkan ia merebak," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, kapal tersebut masih berada di lokasi kebakaran bagi tindakan selanjutnya.

"Kerja pemadaman dijalankan melibatkan 200 anggota termasuk dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Maritim Selangor, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Northport, Westports dan kru kapal terlibat

Artikel Berkaitan:

"Siasatan awal mendapati kesemua barangan dalam kontena mempunyai dokumen untuk perjalanan," katanya.

Ahad lalu, kebakaran melibatkan beberapa buah kontena atas kapal kargo yang dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.30 pagi, membabitkan kapal KMTC Shenzhen di kawasan lebih kurang enam batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong.